• FIRE PREVENTION COUNCIL MALAYSIA

    FIPCOM

    A Government Linked NGO
    Under

    National Fire Prevention Committee (NFPC)

  • 266 notis kepada 29 pusat tahfiz


  • JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur mengeluarkan sebanyak 266 notis kepada 29 daripada 36 pusat tahfiz yang diperiksa di sekitar ibu negara.

    Pemeriksaan itu dibuat selepas kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat pada 14 September tahun lalu yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru.

    Pengarahnya Khirudin Drahman berkata, kesemua 29 pusat tahfiz terbabit dikesan tidak menepati aspek keselamatan termasuk sistem pendawaian tidak sesuai dan tiada laluan kecemasan.

    Katanya, tenaga pengajar pusat itu juga diberi tempoh bagi memastikan semua aspek itu dipatuhi bagi mengoptimumkan tahap keselamatan pada peringkat paling tinggi.

    “Sebuah daripada 36 pusat tahfiz itu tidak dapat menepati tahap keselamatan terbabit dan bertindak menutup premis mereka.

    “Mungkin ada masalah kewangan atau pusat berkenaan tidak mendapat sambutan di kalangan pelajar tahfiz.

    “Baki tujuh pusat tahfiz lagi didapati tiada masalah berhubung isu berbangkit,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyerahan alat pemadam api kepada pusat tahfiz Kuala Lumpur di Ibu Pejabat JBPM Wilayah Persekutuan, hari ini.

    Turur hadir, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Azizan Muhammad.

    Pada majlis itu, Khirudin menyerahkan 54 unit alat pemadam api sumbangan JAKIM kepada 18 pusat tahfiz di sekitar ibu negara.

    Sementara itu, Khirudin berkata, pihaknya mewujudkan 23 pasukan bomba komuniti yang beroperasi di ibu negara.

    “Kita ada sembilan pasukan memfokuskan kepada sekolah pondok. Baki 12 dan dua pasukan lagi masing-masing akan memantau tahap keselamatan bangunan pusat tahfiz dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

    Read More on https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/08/368210/266-notis-kepada-29-pusat-tahfiz